Sahih Muslim No: 5120
"Telah menceritakan kepadaku Ishaq bin 'Umar bin Sulayt al-Hudzali, katanya: telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin al-Mughirah daripada Thabit, katanya: Anas berkata: aku bersama Umar, dan telah menceritakan kepada kami Shaiban bin Farrukh dan lafaz daripadanya, katanya: telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin al-Mughirah daripada Thabit daripada Anas bin Malik, katanya: Kami bersama Umar di antara Mekah dan Madinah lalu kami melihat anak bulan, dan aku seorang lelaki yang tajam penglihatannya, maka aku melihatnya sedangkan tidak seorang pun yang mendakwa bahawa dia melihatnya selain aku, katanya: maka aku berkata kepada Umar: tidakkah engkau melihatnya, tetapi dia tidak melihatnya, katanya: Umar berkata: aku akan melihatnya sedangkan aku berbaring di atas pembaringanku, kemudian dia mula menceritakan kepada kami tentang ahli Badar, lalu dia berkata: sesungguhnya Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam menunjukkan kepada kami tempat-tempat terbunuhnya ahli Badar pada semalam, baginda bersabda: ini tempat terbunuhnya si fulan esok jika Allah menghendaki, katanya: maka Umar berkata: demi Dia yang mengutusnya dengan kebenaran, mereka tidak meleset dari batas-batas yang ditentukan oleh Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam, katanya: lalu mereka dimasukkan ke dalam perigi bertindan-tindan, kemudian Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam pergi sehingga sampai kepada mereka, lalu baginda bersabda: wahai si fulan bin fulan dan wahai si fulan bin fulan, adakah kamu dapati apa yang dijanjikan Allah dan Rasul-Nya kepada kamu itu benar, maka sesungguhnya aku telah mendapati apa yang dijanjikan Allah kepadaku itu benar, katanya: Umar berkata: wahai Rasulullah, bagaimana engkau berbicara dengan jasad-jasad yang tidak ada roh padanya, baginda bersabda: tidaklah kamu lebih mendengar apa yang aku katakan daripada mereka, melainkan mereka tidak dapat membalas apa-apa kepadaku."