Sunan Ibnu Majah No: 1138
"Telah menceritakan kepada kami Abdur Rahman bin Ibrahim ad-Dimasyqi dan Ya'qub bin Humaid bin Kasib, keduanya berkata: telah menceritakan kepada kami Marwan bin Mu'awiyah daripada Yazid bin Kaisan daripada Abu Hazim daripada Abu Hurairah, bahawa Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam membaca dalam dua rakaat sebelum Subuh: Qul ya ayyuhal kafirun dan Qul huwallahu ahad."